Anehnya pihak Barat seperti Inggeris tidaklah membunuh orang-orang Melayu sepenuhnya walaupun seganas Portugis dan Sepanyol yang lebih kejam dari bangsa Inggeris (kecuali yang menentang mereka) seperti yang berlaku di Filipina dan negara-negara Amerika Selatan yang terhapus terus budaya dan bahasa mereka akibat pemaksaan budaya yang ganas dari para penjajah mereka.Ini menunjukkan bangsa Melayu adalah bangsa yang mempunyai budaya dan tamadun tinggi setanding dengan bangsa Cina dan India malah lebih hebat kerana mampu bertahan walaupun lebih kecil dari populasi bangsa Cina dan India.Hanya karya-karya besar bertahap diraja yang disimpan oleh golongan bangsawan dan diraja sahaja yang terselamat seperti Sulalatus Salatin (sejarah Melayu) serta kitab-kitab agama.Apabila bukti bertulis tiada atau kurang mengenai orang Melayu maka JARUM SETERUSNYA DICUCUK oleh para orientalis Barat.Tugas para imperialis sudah selesai,tiba pula tugas para orientalis menyerang Kepulauan Melayu dengan pemikiran dan tusukan pena mereka.Mereka pun membuat kajian dan tesis tentang teori Melayu sama ada asal-usul Melayu,budaya dan bahasa mereka.Kajian mereka meleret-leret sehingga ke tahap pemikiran Melayu dan keupayaan mereka sampaikan menyamakan mereka dengan golongan orang gua dan orang asli di hutan-hutan (ini bukan untuk menghina orang asli tetapi kenyataan Barat yang bias).Para sarjana Melayu pun mengambil kajian mereka dan bermulalah proses inferiority complex yang tidak berkesudahan.Mereka pun percaya bahawa mereka adalah orang gua dan paling hebat pun berasal dari etnik Cina dari Yunnan.
Mereka pun percaya bahawa budaya mereka dan tulisan mereka dicedok dari India semata padahal siapakah orang-orang yang yang mengajarkan bahasa elit India iaitu bahasa Sanskrit kepada orang-orang kasta rendah Tamil dan Dravidia di India.Bukan semua orang India memahami bahasa Sanskrit,samalah seperti menyangka orang Tamil dapat memahami bahasa Hindustan dan faham apa yang Shah Rukh Khan dan Preity Zinta tuturkan dalam filem-filem mereka.Hindustan,Benggali dan Tamil adalah kaum yang berbeza di India.Malah nak menggunakan bahasa Sanskrit pun dibeza-bezakan mengikut kasta.Orang-orang Sudra atau berkasta Parya yang mendengar bacaan Veda dalam bahasa Sanskrit dihukum telinga mereka disiram timah panas.Jika mereka cuba membaca Veda,lidah mereka akan dipotong (rujuk Gotama Smarti).Jadi bagaimana pendeta Melayu dapat membaca dan mendengar kitab Veda sewenang-wenangnya.Sesungguhnya bangsa Melayu adalah BERKASTA TINGGI dalam pandangan komuniti Hindu purbakala.Ada yang berkasta Brahma atau Ksyatria.Ajaran Buddha dan Hindu berasal dari India tetapi mengapa kitab Tripitaka ditulis dalam bahasa Pali manakala kitab Veda ditulis dalam bahasa Sanskrit?Ini menunjukkan terdapat pelbagai bahasa di dalam benua kecil India dan ini merupakan perkara normal dan biasa.Adakah benar-benar Sanskrit itu bahasa pertuturan orang India Purbakala?
Sebenarnya bahasa Sanskrit adalah bahasa elit yang hanya ditutur dalam istana atau kuil-kuil.Bahasa Sanskrit bukanlah bahasa asal Benua Kecil India.Hari ini berapa kerat orang India yang faham bahasa purba ini?Bahasa ini kini mengalami kepupusan.Jadi siapakah yang empunya bahasa ini sebenarnya.Kita akan mengetahui jika mengkaji bahasa-bahasa Sumeria dan Babylon Purba dan persamaannya dengan bahasa misteri Sanskrit ini.Aha...apa yang terjadi DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN YAHUDI DI UR DAN NEGARAKOTA SUMERIA-CHALDEA YANG LAIN BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU??.Jawab soalan ini sebelum mahu menulis sejarah Melayu yang kononnya setakat bermula dari Empayar Melaka........
Bersambung di bahagian ke 4
0 Response to "Melayu Bangsa Yang Hilang ?? Bahagian ke 3"
Posting Komentar