Sejarah Islam Bangsa Monggul Part 2

MASUK ISLAM

Itu semua memang adalah kehebatan bangsa Mongol, mereka  hampir sahaja menguasai dunia, dengan kehebatan ketenteraannya yang luar biasa. Setelah berjaya menguasai hampir seluruh benua Asia dan sebahagian Eropah, gerakan tentera Bangsa Mongol mulai mengendur.



Walaupun kemampuan ketenteraan mereka luar biasa, namun Mongol tidak menonjol secara kebudayaan. Walaupun para pemimpin Mongol mengundang para pakar2  ke pusat pemerintahannya untuk membangun negeri itu, tetapi bangsa Mongol sendiri tidak tampil sebagai ilmuwan, sastrawan, atau arkitek. Mereka tetap memainkan peranan yang sama sebagaimana sebelumnya, iaitu sebagai tentera dan penunggang kuda yang hebat. 


Kemudian mulailah para pimpinan Bangsa Mongol di daerah-daerah yang ditakluki mereka seperti di timur tengah masuk Islam, dan pada akhirnya majoriti tentera Mongol yang menguasai daerah di timur tengah pun masuk Islam. Mereka kagum dengan budaya mulia Islam, dengan ilmu pengetahuannya, dengan sistem hukumnya, ekonominya serta ideologinya yang sangat maju. Para pemimpin inilah yang akhirnya melepaskan diri dari kekuasaan Imperium Mongol dan  patuh pada kekuasaan Khilafah Islam di Mesir. Para penguasa daerah taklukan Mongol akhirnya mendirikan Kesultanan Mongol seperti di India, dan Turki.


Khaleed Khan, Keturunan Mongol Persia


Bahkan Berke Khan seorang penguasa Mongol di Turki ( Golden Horde ) telah menyerang tentara Mongol pimpinan Hulaku Khan yang hendak menyerang Palestin kembali setelah kalah di Perang Ain Jalut. Walaupun Berke Khan dan Hulakhu Khan adalah saudara, tetapi Berke Khan lebih mencintai Islam dan kaum muslim daripada Bangsa Mongol.


Muslim Keturunan Kazakh Mongol di Kazakhstan

Di Wilayah bekas kekuasaan Hulaku Khan  berdiri Kesultanan Mongol yang memerintah hingga akhir abad 18 dari wilayah India, Pakistan, Afganistan, Kazakhstan, Uzbek dan lainnya, salah satu Sultan yang terkenal adalah Sultan Akbar Khan, yang merupakan keturunan India Mongol. Dan nama-nama Mongol di India juga beridentitikan dengan Islam, seperti Shahrukh Khan, Amir Khan, mereka adalah muslim dan mereka adalah keturunan Mongol India. Pernah menonton film My name is Khan  itu adalah nama Muslim dari India.
Bani uthman juga merupakan susur galur daripada keturunan monggol. Bani Uthman juga telah mengambil alih pemerintahan khilafah Islam yang berpusat di Iran iaitu Khilafah Uthmaniah
. Muhammad Al Fatih juga masih punya darah Mongol.

Di China, semasa Dinasti Yuan yang merupakan Dinasti Mongol berkuasa,  Islam berkembang dengan sangat pesat. Orang-orang Arab dan Uighur yang beragama Islam serta mempunyai ilmu pengetahuan dan teknologi maju di diambil  oleh pemerintah Yuan untuk membangun China, dan ini adalah kesempatan bagi mereka untuk berdakwah. 



IMPERIUM MONGOL AKHIRNYA TUMBANG


Setelah para pasukan dan pimpinan Mongol di timur tengah masuk Islam, maka akhirnya kekuatan Imperium Mongol pun runtuh satu per satu. Kekuasaan Mongol di Eropah berjaya dirampas kembali oleh bangsa-bangsa Eropah kerana tidak ada sokongan  dari Timur Tengah, sedangkan di Timur Tengah para penguasa Mongol melepaskan diri dari Imperium Mongol kerana tunduk pada Islam. Dan kemuncaknya adalah kekuatan terakhir Imperium Mongol iaitu Dinasti Yuan di China, dikuasai oleh kaum muslim dan rakyat China.



Akhirnya Dinasti Yuan pun tumbang pada tahun 1358 setelah menguasai China selama 89 tahun ( 1279-1558 ) dan berdirilah Dinasti Ming, dan saat itu juga ekonomi dan politik China dikuasai kaum Muslim, dan Islam mewarnai segala aspek kehidupan di Cina, menurut catatan sejarah ada banyak pemerintah Dinasti Ming yang Muslim, ada juga yang menyebutkan semua pemerintah Dinasti Ming adalah Muslim, dan ada juga yang menyebut bahawa perkataan  Ming berasal  daripada  nama Madinah Al Munawarah, yang ertinya adalah Kejayaan dan kegemilangan.


KESIMPULAN

Memang secara ketenteraan Bangsa Mongol ketika itu unggul dan luar biasa, serta memperoleh kemenangan yang berturut turut sepanjang perjalanannya menaklukki negeri-negeri yang dilalui mereka.

Namun secara ideologi, bangsa Mongol bukanlah apa-apa, mereka

kalah ketika menghadapi ideologi Islam yang ketika itu diterapkan secara Kaffah oleh negara Khilafah Islam, bangsa Mongol harus menerima kenyataan bahawa disamping kehebatan tentaranya mereka tidak lebih dari sebuah bangsa primitif yang tidak mempunyai ideologi dan ilmu pengetahuan yang hebat, yang diperlukan mereka  untuk bekal berkuasa. 


Masjid Di Mongolia


Akhirnya mereka harus menerima kenyataan iaitu menyerah kalah pada serbuan Islam secara pemikiran, dan akhirnya mereka masuk Islam dengan sukarela dan senang hati.

Jadi jika kesimpulan di atas dihubungkan dengan kenyataan umat Islam saat ini adalah, bahwa umat Islam sebenarnya sangat banyak dan sangat kuat secara ketenteraan. Namun Umat Islam kalah secara ideologi, kerana ideologi Islam iaitu Syariat Islam tidak ditegakkan, dan Institusi Negara Khilafah Islam yang menyatukan orang islam seluruh dunia tidak ada. Sehingga dengan sendirinya banyak orang islam yang terjerumus  kepada gaya hidup dan ideologi barat.

Wallahualam


0 Response to "Sejarah Islam Bangsa Monggul Part 2"

Posting Komentar