HANG TUAH AND KNIGHT OF THE ROUND TABLE





Salam hormat kepada semua pembaca. 

 
Kita sering mendengar tetang lagenda King Arthur dan Knight Of The Round Table bukan? Saya pasti tidak ada anak-anak atau orang dewasa yang mendapat pendidikan modern dan mempunyai television di rumah masing-masing tidak pernah dengar tentang raja Arthur dan pembantunya Merlin si ahli sihir. Malahan sudah beberapa kali kisahnya difilemkan dari pelbagai sudut dan pelbagai tafsiran oleh penerbit-penerbit barat yang amat yakin bahawa mereka ini wujud.



Padahal sebahagian besar daripada masyarakat yang berpendidikan tinggi tahu bahawa ia hanyalah lagenda semata-mata. Namun adakah ini akan memberhentikan para peminat fanatik lagenda tersebut daripada terus mencari bukti kewujudan sang raja misteri ini.Tentulah tidak! Mengapa agaknya ini berlaku? Ini semua kerana sences of pride atau rasa kebanggaan atau kemegahan yang dibawa oleh kisah-kisah lagenda Merlin dan Raja Arthur ini.


 
Ianya memberikan kesan yang sangat mendalam dalam sanubari masyarakat barat terutama yang berketurunan Inggeris. Bagi mereka Arthur adalah lambang kehebatan bangsa Inggeris dan Arthur adalah hero bangsa Inggeris yang berjuang demi rakyatnya untuk keamanan dan lambang pengorbanan seorang raja  adil yang mewujudkan sebuah kerajaan yang aman makmur yakni Camelot dan lambang good vs evil.


 

Nah, inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu! Apa yang mereka dahagakan adalah perasaan bangga atau prideterhadap kewiraan Hang Tuah sepertimana kebanggaan orang Inggeris terhadap Arthur. Mereka perlukan seseorang yang boleh dilihat dan dipandang sebagai Hero bangsa yang sentiasa menang dalam setiap pertarungan dan sentiasa lucky atau bernasib baik dalam setiap rintangan. Setiap bangsa di dunia ini mempunyai hero sedemikian bagi pendapat saya.


 
Sehingga hari ini masih ada ahli sejarah yang tercari-cari bukti-bukti arkeologi di sekitar wilayah Cornwall dan sekitarnya untuk membuktikan bahawa Arthur dan Kerajaan Camelotnya pernah wujud suatu ketika dahulu, dan ada diantara mereka telah menjumpai beberapa bukti yang memberansangkan. Namun adakah penemuan ini menandakan Arthur benar-benar wujud ? wallah hu a’lam. Namun ia membangkitkan persoalan bahawa adakah semua fairy tales itu dogeng belaka atau sebenarnya ia bermula daripada satu kisah  benar yang telah ditokok tambah? Nah! Inilah yang kita harus fikirkan.



Kita sepatutnya mempunyai  semangat ingin tahu dan ingin kaji yang tinggi seperti ahli-ahli sejarah terpinggir ini dalam mencari bukti-bukti kewujudan Hang Tuah dan Rakan-rakannya. Sebenarnya kalau dibandingkan Kisan King Arthur dengan kisah Hang tuah , kita berada dihadapan sedikit dengan bahan-bahan rujukan yang lebih banyak terutama dari segi manuskrip-manuskrip seperti sulalatus salatin dan Hikayat Hang Tuah sendiri.  Jadi adalah tidak mustahil sekiranya Hang Tuah sebenarnya wujud. Hal ini ada diceritakan sendiri di dalam Sulalatus salatin yang memang telah diyakini oleh sejarawan kita bahawa mempunyai banyak unsur sejarah yang ternyata benar. Malahan di dalamnya juga ada tercatat salasilah Hang Tuah sehinggalah ke anak cucunya. Salah seorang anaknya kalau tak silap saya adalah Hang Nadim yang sememangnya wujud dan memainkan peranan yang penting dalam penyerangan balas terhadap pihak portugis dalam zaman empayar Johor –Riau.


 
Jadi saya tinggalkan persoalan mengenai Hang Tuah ini setakat ini sahaja. Terpulanglah kepada anda untuk membuat keputusan dan analisa masing-masing samaada Hang tuah Lima Bersaudara itu wujud atau tidak. Namun saya berharap anda tidak putus asa dan rasa kecewa dengan kenyataan seorang sejarawan veteran kita yang pernah mengungkapkan bahawa Hang tuah tidak wujud. Itu hanya pandangannya sahaja. Masih banyak kajian yang boleh dibuat dan saya pasti suatu hari nanti kebenaran akan muncul jua, wallah hu a’lam.



0 Response to "HANG TUAH AND KNIGHT OF THE ROUND TABLE"

Posting Komentar