Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati Part 2

Sambungan .......

Keturunan Namrud hingga kini
Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).   Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds  dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun.  Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.
13 illuminati bloodlines
Perhatikan lah bahawa Children’s TV Workshop yang membuat rancangan seperti Sesame Street juga milik mereka. Dan tidak ketinggalan seperti yang dibicarakan pada topik-topik lalu iaitu Disney yang membuat pelbagai rancangan kartun terutamanya.  Pertubuhan-pertubuhan seperti ini kerja mereka adalah memBRAINWASH minda kanak-kanak dan remaja, yang mana cara mereka nampak seperti bagus tetapi ada muslihat di sebaliknya terutamanya dapat menjauhkan fikiran kanak-kanak dari soal keTuhanan yang sebenar. Dari kecil lagi kanak-kanak telah disajikan dengan hiburan yang melalaikan.  
Sesame Street - Abbey Road
.
Pertubuhan dan negara yang disebut United atau Union adalah di bawah pengaruh mereka
Sila perhatikan kepada negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan berikut;
1 – UN – United Nation (PBB – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)
UN-LOGO
2 – USA – United States of America
3 – UK – United Kingdom
4 – USSR – Union of Soviet Socialist Republics
5 – UAE – United Arab Emirates , 7 wilayah iaitu Abu Dhabi, Dubai, Ajman, Sharjah, Ras AlKhaimah, Fujairah dan Umm Al Quwain.
6 – UNESCO – United Nations Educational , Scientific and Cultural Organization
unesco
Konsep UNITED ialah menyatukan semua di bawah kuasa mereka. Dan perhatikan lagi maksud-maksud yang tersirat dari bendera-bendera negara yang menjadi milik mereka.
bendera USA
Bendera Amerika Syarikat (USA) – Perhatikan ada 50 bintang (unsur 3 piramid) dan juga jalurnya ada 13 (13 bloodlines illuminati). Bendera Malaysia pun dipengaruhi oleh mereka kerana Malaysia dulunya dijajah oleh British.
bendera AustraliaBendera Australia – Perhatikan ada 6 bintang (bintang yang mempunyai 4 piramid di dalamnya), 1 bintang besar dan 5 bintang kecil.  Dan ada bendera UK di dalamnya, kerana Australia ialah milik kepada UK.
bendera china


Bendera China – Ada 5 bintang, 1 bintang besar dan 4 bintang kecil
bendera russia


Bendera Russia (USSR) – Ada sabit dan tukul seolah-olah membentuk serampang 3 mata.  Dan ada satu bintang di atasnya.
bendera israel


Bendera Israel – Sudah terang lagi bersuluh


bendera UK

Bendera United Kingdom (UK) –  Anda mungkin tidak dapat melihat bintang di dalamnya.  Tetapi jika anda berimaginasi, ianya seolah-olah anda melihat sebuah PIRAMID dari pandangan ATAS.  Piramid 3 segi yang mempunyai 4 bucu.  Dan cross di tengah dengan ditambah dengan 4 silang lagi itu pun secara simboliknya seperti sebuah bintang. Dan anda juga dapat melihat ada banyak segitiga di dalamnya.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya.  Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.  Dan yang paling PENTING,   rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!
.Bersambung di bahagian ke tiga.....

0 Response to "Raja Namrud dan kaitannya dengan Illuminati Part 2"

Posting Komentar