Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s Part 2

Sambungan daripada bahagian pertama

Firaun

Kaum Bani Israel sering ditindas oleh Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir

Kisah Firaun antaranya disebut dalam Surah al-Baqarah : Ayat 50 dan Yunus : 92.


Ashab Al-Sabt

Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina

Disebut dalam Surah al-A’raaf : 163.


Ashab al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan, nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, penderhakaan yang mereka lakukan ialah kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan oleh Allah S.w.t.

Disebut dalam Surah al-Furqan : 38 dan Qaf : 12.


Ashab al-Ukhdud

Ashab al-Ukhdud adalah sebuah kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang sedang mendukung seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah S.w.t.

Disebut dalam Surah al-Buruj : 4-9.


Ashab al-Qaryah

Menurut sebahagian ahli tafsir, Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras.

Disebut dalam Surah Yasin : 13.


Kaum Tubba’

Tubba’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Kaumnya iaitu Kaum Tubba' tinggal di Yaman. Namun, kaum ini sangat ingkar kepada Allah hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air.

Disebut dalam Surah ad-Dukhan : 37 dan Surah Qaf : 14.


Kaum Saba'

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat. Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim).

Disebut dalam Surah Saba' : 15-19.  [4]



Banyak binaan kuno dibina oleh Nabi Sulaiman a.s?

Walaupun dalam AlQuran dan Hadits tidak menceritakan keseluruhan tentang tamadun-tamadun yang telah runtuh dan hancur di zaman dulu kala, tetapi mungkin selain dari yang disebutkan dalam AlQuran itu (iaitu 12 kaum yang ditimpakan bala besar - seperti di atas) juga adalah disebabkan oleh derhakanya suatu  kaum itu terhadap Rasul dan Allah.

Ini kerana AlQuran sendiri sudah menegaskan, “Dan tidak ada suatu umat pun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.” [Surah Fathir : 24]

“Dan Sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang Rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.”  [Surah Ghafir : Ayat 78]

Maka kerana itulah sudah banyak dijumpai runtuhan-runtuhan binaan lama di dalam laut, dalam hutan, bawah tanah dan sebagainya. Itu sendiri sudah membuktikan bahawa kisah-kisah umat terdahulu yang disebut di dalam AlQuran, yang dilaknat dan dihancurkan oleh Allah S.w.t dan yang berkaitan dengannya adalah benar.  Tamadun mereka hancur bersama teknologi-teknologi yang dikuasai mereka.

Dan daripada penemuan artifak-artifak dari binaan-binaan kuno tersebut, menunjukkan betapa zaman dulu kala sudah pun mempunyai teknologi yang maju. Walaupun mungkin tidak semaju teknologi yang ada hari ini dengan komputer dan sebagainya, tetapi sekurang-kurangnya dulu tidak serendah seperti yang digambarkan oleh para evolusionis yang membawa teori sesat Darwin yang langsung tidak masuk akal iaitu manusia berasal dari beruk dan manusia zaman purba hanya tinggal di gua dan tidak ada teknologi langsung.

Dan selain dari binaan Kaum 'Aad, Tsamud dan sebagainya, binaan-binaan piramid dan seumpamanya itu mungkin ada juga dibina oleh Nabi Sulaiman a.s. Ini kerana Nabi Sulaiman ditundukkan angin kepadanya. Beliau diberikan mukjizat dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan kepantasan yang luar biasa.

Tambah lagi, dari tapak-tapak binaan kuno di seluruh dunia itu ada cerita-cerita berkenaan dengan piring terbang dan makhluk asing. Yang mana mungkin makhluk asing yang dimaksudkan itu ialah para jin yang menjadi hamba suruhan kepada Nabi Sulaiman a.s.  Begitu juga ada dibina patung-patung di tapak-tapak yang berkenaan.

"Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.  Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan piring-piring hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramal lah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur."  [Surah Saba' : Ayat 12 - 13]

Berkenaan dengan penemuan-penemuan binaan-binaan kuno dalam lautan dan seumpamanya, mungkin juga ianya dulu ditimpa bala bencana hingga tenggelam ke dasar lautan.  Tetapi ada seperti yang sengaja dibina dengan tapaknya di dasar laut dalam. Kemungkinan besar ianya memang disuruh oleh Nabi Sulaiman a.s agar para jin membinanya di dasar laut untuk tujuan-tujuan tertentu.

"Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongan-golongan yang pandai mendirikan bangunan, dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing)." [Surah Shaad : Ayat 37]

Jin-jin penyelam itu mungkin diarah oleh Nabi Sulaiman agar membina bangunan-bangunan di dasar laut.  Lagi pun ada juga binaan-binaan dasar laut yang ditemui langsung tidak ada kerangka manusia.

Dan sepertimana yang ditulis dalam tajuk lepas iaitu Membongkar rahsia Piramid dan teknologi tinggi zaman dulu kala, kaedah-kaedah binaan dan beberapa teknologi yang dijumpai dalam penemuan artifak-artifak lama dari serata dunia itu menunjukkan ada kesamaan. Ianya dibangunkan oleh orang-orang atau kaum yang sama.

Penggunaan eletrik dalam binaan-binaan tersebut juga amat relevan dengan jin. Kerana kita sedia maklum, jin diciptakan dari api, dan bentuknya di atas muka bumi ini adalah berupa seperti elektrik. Dan tidak mustahil para jin lah yang banyak mengajar manusia ilmu tentang elektrik. Dan teknologi alam jin juga lebih jauh maju dari teknologi alam manusia.  Jangan hairan kalau alam jin sudah lama ada teknologi kereta terbang dan sebagainya.

Untuk mengangkat bongkah-bongkah piramid yang amat besar itu juga adalah mudah bagi jin Ifrit. Ini mengingatkan kita kepada kisah Ifrit dan Nabi Sulaiman dimana Ifrit menawarkan kepada Nabi Sulaiman untuk membawa singgahsana Ratu Balqis ke hadapannya dalam masa yang singkat.  Dan ia juga lagi sangat mudah kepada seorang yang diberi kelebihan ilmu AlKitab (ada pendapat ulama mengatakan orang yang dimaksudkan itu ialah malaikat), kerana beliau boleh membawa singgahsana Ratu Balqis itu dalam sekelip mata sahaja (selaju cahaya).

Perkara ini menjadi lebih dramatik lagi jika difikirkan tentang garis-garis Nazca di Peru, iaitu garis-garis besar yang membentuk seperti haiwan dan sebagainya, yang hanya boleh dilihat bentuknya dari tempat yang tinggi. Bagaimana mungkin garis-garis yang dikatakan dibuat ribuan tahun yang lalu boleh dilakukan oleh manusia biasa yang tidak ada kapal terbang dan seumpamanya waktu itu. Melainkan ianya dicipta oleh jin-jin yang bekerja untuk Nabi Sulaiman a.s.

Contoh Garis Nazca yang dilihat dari udara

Jika dilihat dari segi sejarah, hanya Nabi Sulaiman a.s yang diberikan mukjizat dapat bergerak pantas dari suatu tempat ke tempat lain dengan kenderaan tertentu yang dapat terbang, mempunyai para jin sebagai hamba-hamba dan pekerja-pekerja binaannya, dan beberapa kriteria lagi yang menunjukkan kaitan yang rapat antara binaan-binaan tersebut dengan Nabi Sulaiman a.s.

Ini kerana Allah S.w.t telah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman a.s sebuah kerajaan yang tidak pernah dimiliki oleh orang sebelumnya mahupun selepasnya.

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji Nabi Sulaiman (dengan satu kejadian), dan Kami letakkan di atas takhta kebesarannya satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) kemudian ia kembali (merayu kepada Kami).  Katanya: ” Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapa pun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya “.  Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja yang hendak ditujunya;"  [Surah Shaad : 34 - 36]

Untuk bacaan lanjut lagi tentang hal ini anda boleh baca buku 'Borobudur dan Peninggalan Nabi Sulaiman' karangan KH Fahmi Basya iaitu seorang sarjana Matematik Islam dari Indonesia.  Didalam buku tersebut, KH Fahmi Basya berhasil mengungkapkan bahawa Candi Borobudur sangat berkait rapat dengan sejarah Nabi Sulaiman yang diyakini sempat menjadi raja di Negeri Saba' iaitu Indonesia.

Beliau menjelaskan, ada 40 bukti tepat yang dijelaskan dalam buku tersebut. Salah satu bukti paling kuat dan belum dapat dibantah adalah ditemui surat dari Nabi Sulaiman yang bertulis "Bismillahir rahmanir rahim" di atas sebuah plat emas di dalam kolam pemandian Ratu Balqis di Saba' atau panggilan di Indonesianya Ratu Boko di daerah Sleman, Jawa Tengah. [5]

Sesuai dengan apa yang AlQuran sebut ucapan dari Ratu Balqis setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman. "“Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan sesungguhnya ia (kandungannya seperti berikut): "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."  [Surah An-Naml : 30]

Dan tidak hairan lah juga kepulauan Indonesia sangat terkenal dengan kisah-kisah mistik terutamanya kisah ratu-ratu dari bangsa manusia dan jin.


Penutup

Maka Teori Darwin yang mengatakan manusia berasal dari beruk dan juga teori saintis terkini yang ada mengatakan manusia berasal dari tikus, dapat dipatahkan dan dihancurkan sama sekali dengan bukti-bukti ini.  Manusia purba bukannya tidak bertamadun sepertimana yang digambarkan oleh buku-buku sains selama ini seperti manusia purba dulu hidup di dalam gua dan seumpamanya

Masyarakat orang asli yang tinggal di serata pelusuk dunia hari ini, mungkin berasal dari kaum-kaum lama dulu yang mengembara jauh kemudian terpisah dari tamadun dan sebagainya.  Atau pun juga berasal dari kaum-kaum yang dimusnahkan dan ditimpa bala bencana.

Begitu juga dengan teori yang mengatakan manusia pernah dilawati oleh alien / makhluk asing dari planet lain, ternyata mereka semua itu sebenarnya adalah para jin, yang menghuni di Bumi yang sama dengan kita tetapi dalam dimensi yang berlainan.

Binaan-binaan dari Nabi Sulaiman a.s juga banyak mempunyai rahsia pernomboran, seperti yang dijelaskan oleh KH Fahmi Basya. Oleh itu tidak hairan lah jika konsep ini juga dicedok dan diambil oleh Freemasons dan diselitkan di dalam binaan-binaan mereka, kerana mereka juga adalah satu golongan yang mengkaji dan banyak juga tahu tentang rahsia-rahsia dan peninggalan-peninggalan Nabi Sulaiman a.s  / Solomon.

Banyak lagi yang perlu dikaji dan dibicarakan dalam hal ini .......

Wallahu a'lam.



Sila klik untuk besarkan saiz gambarajah ini


Rujukan:

1 - Tafsir Azhar

2 - ancientmysteries.eu

3 - Wikipedia

4 - detikislam.blogspot.com

5 - actual.co


p/s: Yang wajib kita percaya tanpa ragu hanyalah AlQuran dan Hadits-hadits shahih dari Nabi S.a.w. Selain dari itu hanyalah hasil kajian manusia biasa yang mungkin ada cacat-celanya dan tidak perlu dijadikan bahan untuk kita berkelahi dan bermusuh sesama sendiri.

Bagi yang suka boleh terus mengkaji dan memerhati serta berfikir tentang alam ciptaan Allah Yang Maha Esa, dan yang tidak suka hanya perlu abaikan saja dan buat kerja masing-masing dengan baik.  Wallahu a'lam :)

0 Response to "Kemajuan teknologi kuno dan binaan-binaan Nabi Sulaiman a.s Part 2"

Posting Komentar