Kota purba yang hilang dijumpai di Dardanelles, lebih tua dari Troy












Ahli-ahli arkeologi mengumumkan penemuan penempatan kuno di tepi Dardanelles, Turki, menganggarkan bahawa runtuhan yang ditemui itu mungkin berusia kira-kira 7,000 tahun.

Jika benar, dakwaan itu akan menjadikan penempatan itu sebagai yang tertua di rantau ini, lebih tua dari kota kuno Troy, sebuah pusat perdagangan Mediterranean purba.

Rüstem Aslan, penolong presiden Jawatankuasa penggalian Troy, menyatakan bahawa runtuhan itu terletak berhampiran bandar Erenköy dalam wilayah Çanakkale, dan paras laut yang semakin meningkat perlahan-lahan telah mengambil sebanyak 90 peratus daripada tapak ini.

Runtuhan bandar yang luas tetap kekal, dan ahli-ahli arkeologi telah menjumpai tembikar dan artifak lain yang memberikan pembayang bahawa bandar itu mungkin pernah menjadi pusat perdagangan purba.

Aslan menjelaskan bahawa penemuan penempatan itu akan menjadi bahagian penting dalam mentafsirkan masa lalu prasejarah Dardanelles, yang mana ahli-ahli arkeologi masih mengetahui sangat sedikit.

Tidak ada maklumat mengenai penempatan ini dalam mana-mana peta atau dokumen. "Kita dengan mudah dapat melihat tinggalan penempatan yang berusia 7,000 tahun yang hilang di sini," katanya. "Kita boleh memanggil tempat ini sebuah kota yang hilang."

[Todays Zaman - 28 Sept 2011 , Unikversiti]

0 Response to "Kota purba yang hilang dijumpai di Dardanelles, lebih tua dari Troy"

Posting Komentar