Australia wilayah Melayu ?

Adakah dengan seluas ini pengaruh Melayu di Lautan Selatan hingga ke Lautan Teduh TETAPI pengaruh Melayu tidak sedikitpun mencecah Pulau Benua Australia? Mustahil pada pemikiran saya! Adakah ini logik? Melayu belayar hingga ke Pulau Paskah (Easter Island) buat monumen di sana. Berdayung hingga ke Hawaii tubuh kerajaan di sana. Meredah ombak hingga ke Madagaskar bina tamadun di sana. Malah sejauh Afrika berdagang di sana. Adakah logik jika tiada langsung peninggalan warisan Melayu di Australia. Maksud saya di tanah besarnya, bukan setakat terhenti di Pulau Cocos dan Pulau Chrismas. Sekurang-kurangnya ada komuniti Melayu di Utara Australia atau puing-puing tinggalan Melayu. Sedangkan Melayu mempunyai warisan hingga New Zealand, iaitu sebelah bawah Tenggara Australia. Sungguh tidak masuk akal. Di sini saya sisipkan beberapa peta yang saya dapat dari carian Google.
Jika melihat dari peta ini, Pulau Papua juga tidak termasuk. Walaupun peta ini tentang keluarga bahasa Melayu, namun adakah ini logik sedangkan masyarakat di Hawaii menggunakan perkataan Lima untuk nombor 5 dan Muka untuk wajah. Dan masyarakat Maori menggunakan perkataan Valai untuk Balai. Adakah langsung tiada pengaruh bahasa Melayu di Papua? Sebenarnya mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan. Sila luaskan pembacaan anda untuk ini. Seterusnya, berbeza dengan peta dibawah.
Masalahnya, peta ini tidak memasukkan Segenting Kra dan Patani, Kemboja & Champa dalam pengaruh Melayu. 


Namun peta ini ada memasukkan Utara Australia sebagai sebuah wilayah dalam pengaruh Lemuria yang mempunyai kaitan dengan Melayu. Walaupun tiada bukti Lemuria itu benar-benar wujud dan masih dalam teori sarjana dan pengkaji sejarah.


Saya dan mungkin juga tuan pernah baca tentang sebuah kerajaan misteri iaitu bernama Luca Antara di SINI . Di atas adalah salah satu dokumen yang saya ambil tanpa kebenaran :) di blog tersebut. Namun satu lagi dokumen surat antara Raja Permaisura Damut kepada Raja Pahang di blog tersebut telah tidak boleh lagi diakses. Hanya versi print screen yang dibersarkan ini sahaja yang saya dapat.
 
Laporan Portugis tentang surat Permaisura Damut kepada Raja Pahang
 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerajaan Misteri Melayu di Australia ini rujuk http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.com/2012/01/untold-history-lost-continents-of-luca.html. Setelah melayari google  beberapa lama, saya mendapati bahawa memang wujud nama ini, namun ia sebuah pulau yang kini sudah bertukar nama kepada Bathurst Island yang sangat hampir dengan Coburg Peninsula di Utara Australia. Rujuk kajian peta Eredia 1602 di SINI.

 
Luca Antara peta Eredia 1602
 
Bathurst Island @ Luca Antara?
 
Sangat menghairankan apabila nama Luca Antara ini dihilangkan. Sedangkan ia dicatatkan dengan jelas di peta Eredia 1602 ini. Malah ekpedisi yang dilakukan oleh penjajah di sana menemui puing-puing tinggalan kota dan penempatan daripada batu (maaf saya xpasti siapa yang bina) sila rujuk SINI. Mengikut laporan mereka, hanya orang aborigin sahaja yang tinggal di situ. Adakah ia suatu yang logik sedangkan Raja Permaisura Damut pernah dilaporkan menghantar surat kepada Raja Pahang (seperti dokumen yang kelabu di atas). Mengikut laporan dokumen tersebut menurut blog untoldhistory,  penduduk Luca Antara berwajah jawa, tapi menggunakan bahasa yang sukar difahami, berambut panjang hingga ke bahu, membawa tukul emas, suka berlaga ayam. Malahmemakai keris bertahtakan permata. Dan. Dalam ekspedisi kedua (1601) ke Luca Antara, Portugis dengan arahan Pedro De Calvaheas melaporkan dari Melaka yang dia belayar pergi ke Luca Antara dengan bantuan kemudi Raja Permaisura. Ini bermakna kerajaan Melayu di Australia pernah wujud! Tetapi dimana tinggalan mereka sekarang? Di mana dokumen yang menyatakan bahawa kerajaan Melayu Luca Antara wujud. Malah dokumen surat antara Raja Permaisura Damut kepada Raja Pahang juga hilang dari blog untoldhistory. Kenapa???
Tinggalan struktur bangunan di Bathurst Island @ Luca Antara dan Semenanjung Coburg (RUJUK


Persoalannya, adakah suatu yang mustahil untuk sebuah kerajaan misteri membina bangunan batu? Sedangkan kerajaan itu sendiri itu pun belum tentu kewujudannya. Betul. Namun, bagaimana pula sebuah masyarakat di sebuah pulau di Lautan Teduh (Pasifik) membina sebuah kota seperti Nan Madol! Sebuah kerajaan Dinasti Melayu (polinesia) di Pulau Pohnpei, Micronesia. Walaupun ada yang mengaitkannya dengan Lemuria dan Atlantis (SINI), namun saya tak fikir binaan tinggalan kota ini adalah dari zaman tersebut.
 
Lakaran tinggalan Kota Nan Madol
 
Tinggalan Kota Nan Madol atas terumbu karang
 
Puing-puing Nan Madol yang misteri
Kesimpulannya, mustahil Australia bukan dalam wilayah jangkauan pelayar-pelayar peneroka lautan Melayu yang dikenali sangat handal. Mustahil sebuah masyarakat boleh pupus begitu sahaja (kecuali dengan kuasa Allah). Jika tiada bukti di Luca Antara, masih tiadakah tinggalan, warisan atau catatan tentang Melayu atau sekurang-kurangnya tapak kaki kosa kata Melayu di Utara Australia? (titik)
 

Wilayah Melayu yang sepatutnya (pendapat saya)

Sumber

0 Response to "Australia wilayah Melayu ?"

Posting Komentar