Misteri Segitiga Bermuda Part 1


Wilayah laut di selatan Amerika Syarakat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah misteri. Misteri demi misteri bahkan telah dicatatkan oleh pelayar samudera seperti Christopher Columbus.

Sekitar 1492, ketika dirinya sedang mengakhiri perjalanan jauhnya menuju dunia barunya, Amerika, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di kawasan ini. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya beberapa kali berubah-ubah. Padahal cuaca ketika  itu begitu baik.
Lebih dari itu, tak jauh dari kapal, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan munculnya bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.

Segitiga Bermuda: Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan pulau Bermuda
Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui ‘suasana’ yang luar biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana hanya melihat  ‘pertunjukkan’ luar biasa. Berbeza dengan para pelayar  yang lain.
Menurut catatan kebaharian(sesuatu yg berhubungan dengan laut), peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah hilangnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atalanta, pada 1880. Hilang tanpa jejak , kapal yang mempunyai 300 kadet dan perwira  Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atalanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal2  lain.

Lima Grumman TBF Avenger AL AS yang lebih dikenal dengan “Flight 19″ hilang di segitiga Bermuda
Dalam kisah yang lain , Segitiga Bermuda juga telah menghempaskan puluhan pesawat yang melintasinya.
Peristiwa terbesar terjadi pada  sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya iring-iringan lima Grumman TBF Avenger AL AS yang lebih dikenal dengan “Flight 19″ tengah meninjau sekitar wilayah laut ini pada siang hari 5 Desember 1945.
Setelah sekitar dua jam komandan penerbangan   melapor, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi.
Beberapa minit kemudian kelima lima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi signal SOS. Perkara pelik tidak berhenti disini.
Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3Mariner dihantar mencarinya, pesawat amfibia  dengan tigabelas anak kapal ini pun juga hilang tanpa jejak. Hilang bak ditelan udara.

Martin PBM-3 Mariner, yang ditugaskan mencari “Flight 19″ juga hilang di segitiga Bermuda
Keesokan harinya ketika wilayah-wilayah laut yang dikenal pasti menjadi tempat terhempas keenam pesawat ditinjau oleh enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tidak satu pun serpihan pesawat ditemui.
Misterinya… Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, seorang penyelidik berjaya menemui longgokan kerangka pesawat di  pantai Fort Launderdale, Florida. Betapa terkejutnya orang-orang yang menyaksikan. Kerana, ketika diperhatikan, longgokan besi itu ternyata bahagian dari kelima TBF Avenger!

C-119 Flying Boxcar, hilang di segitiga Bermuda
Kisah ajaib lainnya adalah hilangnya pesawat transpor C-119 Flying Boxcar pada 7 Juni 1965. Pesawat  milik AU AS bermuatan kargo , hari itu pukul 7.47 selepas berlepas  dari Lanud Homestead.
Pesawat dengan 10 anak kapal ini terbang menuju Lapangan Terbang Grand Turk, Bahama, dan dijangka  mendarat pukul 11.23.
Pesawat ini sebenarnya hampir sampai destinasinya. Hal ini diketahui dari  radio yang masih terdengar hingga pukul 11. Sesungguhnya memang tak ada yang mencurigakan. Kerosakkan teknikal juga tak pernah dilaporkan. Tetapi Boxcar tak pernah sampai destinasinya.
“Dalam panggilan radio terakhir tak ada tanda apa-apa bahawa pesawat sedang mengalami masalah. Namun setelah itu kami kehilangan jejaknya,” begitu ungkap jurucakap Penyelamat Pantai Miami. “Besar kemungkinan pesawat mengalami masalah kendali arah (steering trouble) hingga tersasar ke lain arah,” tambahnya.

Beberapa pesawat yang pernah hilang di segitiga bermuda
Seketika itu pula team SAR terbang meninjau wilayah seluas 100.000 mil persegi yang diduga menjadi tempat terhempasnya  C-119. Namun mereka tidak berjaya menemui bangkai pesawat tersebut. Sama seperti hilangnya pesawat-pesawat lainnya di wilayah ini, tak satu pun serpihan pesawat atau tubuh manusia ditemui.
“Benar-benar misteri. Sebuah kapal terbang ke arah selatan Bahama dan hilang begitu sahaja tanpa jejak,” cakap seorang juruterbang  veteran  Perang Dunia II.
Seorang dari Teamm SAR mengatakan, berkemungkinan pesawat jatuh di antara Pulau Crooked dan Grand Turk. Biasa kerana masalah struktur, letupan, atau kerosakan enjin. Kalau memang pesawat meletup, perhubungan radio memang pasti tak akan  terjadi, serpihan pesawat akan ditemui,akan tetapi tidak.


Begitu juga jika pesawat mengalami kerosakan, mestinya juruterbang boleh melakukan ditching (pendaratan cemas di atas air). Hal ini kerana, cuaca ketika  itu dalam keadaan baik. Dalam keadaan langit cerah, ombak hanya sekitar satu meter, dan angin hanya 15 knot. 
Kes C-119 Flying Boxcar pun senyap begitu saja, sampai akhirnya pada tahun 1973 keluar artikel dari International UFO Bureau yang mengingatkan kembali  orang ramai kepada kes misteri tersebut. Dalam artikel itu dimuat keterangan angkasawan Gemini IV, James McDivitt dan Edward H. White II, yang membuat  misteri ini menjadi semakin rumit.
Rupanya pada saat-saat di sekitar ghaibnya C-119, mereka kebetulan sedang meninjau di  wilayah sekitar kepulauan karibia. Gemini berkebetulan memang sedang mengawang-awang di sana. Menurut catatan NASA, pada 3 sampai 7 Jun 1965 keduanya sedang melakukan eksperimen di luar kapsul Gemini dengan kelengkapan yang dirahsiakan.
Menurut McDivitt, dia melihat sebuah pesawat tak dikenali (UFO) dengan semacam lengan mekanik sedang meluncur di atas kepulauan Karibia. Beberapa minit kemudian Edward  White juga turut menyaksikan objek lainnya yang serupa. Sejak itulah lalu tersebar  isu, C-119 diculik UFO. Para ilmuwan pun  tertarik menyelidiki keterangan  ini.
Tak mau percaya begitu saja, mereka mengesahkan objek yang dilihat kedua angkasawan dengan satelit-satelit yang ada disekitar Gemini IV. Boleh jadi   mereka salah lihat ? Maklum sahaja ketika itu (hingga kini pun), ramai pihak masih tertukar satelit dengan UFO. Ketika itu  kedua angkasawan itu ditunjukkan gambar Pegasus 2, satelit raksasa yang memang memiliki antena mirip lengan sepanjang 32 meter untuk memastikan bahawa mereka tidak salah lihat.
Namun baik dari bentuk dan jarak, mereka menyanggah jika mereka telah salah lihat. “Sekali lagi saya tegaskan, dengan menyebut UFO   saya tidak maksudkan dengan pesawat ruang angkasa dari planet lain. Pengertian UFO sangat universal. Bagi saya UFO itu adalah sebuah pesawat yang saya tidak kenal tidak kiralah dari mana asalnya!!” sergah Divitt.

This diagram shows the current variation of the Earth magnetic field.
Begitulah kes C-119 Flying Boxcar yang tak pernah terbongkar hingga kini. Diantara kapal atau pesawat yang ghaib di wilayah Segitiga Bermuda kisahnya memang senantiasa sama. Terjadi ketika cuaca baik, tak ada masalah teknikal, kontak radio berjalan biasa, tetapi pesawat tiba-tiba menghilang begitu saja. Tanpa jejak sama sekali.
Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelengkungan waktu(time bent), medan graviti terbalik, abrasi atmosfera, dan ada juga teori anomali magnetik-graviti.
Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gampa laut, serangan gelombang ombak, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana. Namun dakwaan2 di atas masih lagi tidak dapat menjelaskannya peristiwa kehilangan pesawat2 tersebut.

Sambungan di bahagian kedua..
Sumber

0 Response to "Misteri Segitiga Bermuda Part 1"

Posting Komentar